skdrm.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO RAJA MELANA
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' RAJA MELANA Tel : 066943601, Faks : 066943601
e-mel : skdrm@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

Sekolah ini dibuka pada tahun 1969 dengan nama Sek. Ren. Keb Rantau Negeri Sembilan. Bil (8) dlm.JPNS 187 SJ.13, No. pendaftaran Sekolah PSNS IR/029 bertarikh 12.05.1969. Jumlah murid yang didaftarkan ketika itu ialah 100 orang. Sekolah ini merupakan sekolah aliran Inggeris yang pertama di Rantau. Sekolah ini didirikan atas cadangan wakil rakyat ketika itu YB.Ayakanoo bersama Penghulu En. Mansor bin Pawi memandangkan ketika itu tidak ada sekolah aliran Inggeris di Rantau. Pada mulanya terdapat satu bangunan sahaja didirikan yang mengandungi pejabat dan dua bilik darjah. Tenaga pengajar seorang guru besar dan tiga orang guru terlatih.


Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah

Pada tahun 1970 sekolah ini ditukarkan namanya kepada Sek. Ren. Keb. Rantau kerana dasar Kementerian Pendidikan menukar semua sekolah aliran Inggeris kepada sekolah Rendah Kebangsaan dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pada tahun 1995 sebuah bangunan dua tingkat didirikan. Pada 21. 10. 1978, sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Rais bin Yatim, Menteri Besar, Negeri Sembilan Darul Khusus. Sekolah ini diberi nama SRK Rantau (B) Jalan Linsum.

Nama sekolah ini sekarang ialah Sekolah Kebangsaan Dato’ Raja Melana. Nama ini telah diluluskan pada 23. 05. 1998 rujukan surat KP(BS/PSR) 8502/05/004 Jld. 1 (31). Kebanyakan murid datangnya dari Kg Linsum, Kg Kanchung, Rantau dan terdapat juga murid warga Negara asing iaitu Indonesia.




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: